Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPembiakan Secara Tut (Markot)
Powered By E-Government Promotion Unit, IT & E-Government, Prime Minister's Office.

Pembiakan Secara Tut (Markot)

PEMBIAKAN SECARA TUT (MARKOT)

Terdapat dua cara pembiakkan secara tut (Markot) iaitu:

MENYEDIAKAN TUT UDARA 

  • Pilih ranting atau batang yang bergaris pusat sebesar ibu jari (lebih kurang 1-2cm);
  • Buat dua kelaran mengelilingi ranting atau dahan yang mana jarak di antara kedua kelaran itu ialah 2.5-3cm;
  • Buang dan keluarkan kulit ranting yang telah dikelar dan kikis bahagian dalam sehingga nampak bahagian kayu yang putih, semua lapisan cambium (yang berwarna hijau) perlulah di kikis habis-habis sebab jika lapisan cambium masih ada, tut udara tidak berjaya di hasilkan;
    Sapu sedikit serbuk hormon pengakaran di bahagian atas kelaran;
  • Sediakan medium campuran tanah tut;
  • Medium campuran tanah tut di buat dengan mencampurkan tanah dengan bahan organik (1:1), medium campuran tanah tut hendaklah dilembapkan sedikit sebelum dikepalkan dalam bentuk bola golf atau tennis atau dengan mengunakan "Jiffy Plant Starter";
    Belah kepalan tanah tut tadi dan letakkan di sekeliling bahagian ranting atau dahan yang telah di kelar tadi;
  • Balut kepalan tanah tut itu dengan mengunakan plastik lut sinar ataupun sabut kelapa;
  • Pisahkan yang sudah berakar daripada pokok induk dengan memotong ranting atau dahan di bahagian bawah tut tersebut;
  • Tanam anak pokok ke dalam beg politena ataupun pasu.

MENYEDIAKAN TUT LENTUR 

  • Pilih dahan tanaman yang renek yang agak lampai;
  • Lukakan dahan tersebut sedalam 15cm dari hujung;
  • Tanam dahan yang telah di lukakan di dalam tanah dan sentiasa di lembapkan. Gunakan cabang kayu ataupun paku logam untuk memegang dahan ke tanah;

Potong dahan yang telah berakar di sebelah bawah dan anak pokok yang terhasil di tanam di dalam pasu atau beg politena.