Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPembiakan Dengan Biji Benih
Powered By E-Government Promotion Unit, IT & E-Government, Prime Minister's Office.

Pembiakan Biji Benih

PEMBIAKAN DENGAN BIJI BENIH

Sebelum disemai biji benih perlu dipilih untuk menentukan kadar percambahan yang tinggi.

Pemilihan biji benih hendaklah dibuat berasaskan:

  • Biji benih hendaklah yang telah benar-benar matang;
  • Biji benih tulen;
  • Biji benih hendaklah bebas dari serangan penyakit atau serangga perosak;
  • Biji benih hendaklah tidak mempunyai sebarang kecederaan;
  • Biji dari buah yang cukup masak dan dari buah pertengahan bukan dari buah permulaan atau buah penghujung.

    PEMBIAKAN DARI BIJI BENIH TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU: 

    PENYEMAIAN BIJI BENIH HALUS Contoh Tanaman: Bunga Bayam)
  • Isikan kotak tanaman dengan medium percambahan;
  • Buat alur-alur kecil di atas medium;
  • Semai biji benih ke dalam kotak tanaman dengan cara menabur biji benih sepanjang alur-alur yang di sediakan dan timbus semula;
  • Catit jenis dan jumlah yang disemai jika perlu;
  • Catit tarikh bila ia disemai ke dalam lebal yang diletakan ditepi kotak tanaman;
  • Letakan biji benih yang telah disemai di tempat yang terlindung;
  • Siram biji benih yang telah disemai sekali sehari.
     

    PENYEMAIAN BIJI BENIH BESAR (Contoh Tanaman: Pokok Palma)
  • Kutip biji benih yang sudah matang;
  • Tanam biji benih sedalam lebih kurang 2-3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji benih;
  • Jarak biji-biji benih yang di tanam ialah sekurang-kurangnya 3cm;
  • Siram medium percambahan sehingga menjadi lembap;
  • Tutup kotak tanaman dengan plastik lutsinar atau mengunakan kaca;
  • Letakkan kotak tanaman di tempat yang terlindung;

    Catit dan rekod jenis dan jumlah biji yang disemai serta menulis tarikh penyemaian dalam lebal yang dilletakkan di tepi kotak tanaman.