Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKursus Bagi Teknik Pembiakan, Penyelangaraan Tanaman dan Hiasan
Powered By E-Government Promotion Unit, IT & E-Government, Prime Minister's Office.

OBJEKTIF

  • Memberi tunjuk-ajar dan pendedahan mengenai cara-cara menyemai atau membiak tanaman hiasan dengan mengunakan berbagai kaedah atau teknik yang bolih menghasilkan tanaman yang sihat dan berkualiti.

  • Memberi penerangan dan maklumat mengenai prosedur-prosedur atau cara-cara pemeliharaan dan penyelenggaraan tanaman hiasan dengan lebih teratur dan berkesan.

TOPIK-TOPIK KURSUS

TEKNIK-TEKNIK PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN
  • Pembiakan dengan biji benih
  • Pembiakan secara keratan
  • Pembiakan secara tut (Markot)
  • Pembiakan mengunakan bahagian khas tumbuhan

PEMELIHARAAN DAN PENYELANGGARAAN TANAMAN HIASAN

PENYEDIAAN CAMPURAN MEDIUM PENANAMAN

  • Ayak semua bahan utama yang akan di gunakan saperti tanah atas, bahan organik dan pasir untuk mengeluarkan bahan-bahan yang terlalu besar;
  • Gunakan 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir (3:2:1), sebaik-baiknya longgokkan semua bahan tersebut di atas simen;
  • Gaul campuran tadi dengan membalik-balikkan mengunakan penyodok. Ia perlu di lakukan sebanyak beberapa kali supaya campuran menjadi sebati/seragam.

PEMASUAN SEMULA TANAMAN DALAM PASU

  • Lembapkan sedikit tanah di dalam pasu;
  • Keluarkan tanaman dengan menghentak-hentak dari pasu dengan kayu dan mencabutnya keluar;
  • Periksaakar tanaman di mana akar yang berpenyakit atau terlalu padat perlu di potong dan di buang;
  • Potong dan pangkas akar-akar yang terlalu padat dan banyak;
  • Masukkan serpihan pasu atau batu bata ke dalam pasu yang akan di gunakan;

 

PEMELIHARAAN DAN PENYELANGARAAN TANAMAN HIASAN

  • Penyediaan campuran medium penanaman
  • Pemasuan semula tanaman dalam pasu
  • Pengerasan anak benih
  • Menanam anak pokok dan anak benih ke dalam beg politena
  • Menanam anak pokok dan anak benih ke dalam pasu
  • Menanam anak pokok dan palma ke tanah
  • Memindah pokok dan palma
  • Penjagaan anak pokok dan palma
  • Isi separuh penuh pasu dengan tanah campuran pemasuan;
  • Masukkan tanaman dan letakkan di tengah-tengah pasu kemudian isikan lagi campuran tanah sehingga 1-2cm daripada mulut pasu;
  • Hentak-hentakkan pasu sedikit beberapa kali supaya tanah lebih padat;
  • Siram tumbuhan dengan secukupnya dan letakkan di tempat yang teduh selama 1-2 minggu.

PENGERASAN ANAK BENIH

  • Letakkan anak benih yang telah di tanam ke dalam pasu ataupun ke dalam beg politena di tempat yang di panggil ' Kawasan Pengerasan' yang permukaannya di turap dengan simen atau batu-batu kerikil;

  • Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari secara beransur-ansur sewaktu menjalani proses pengerasan;

  • Kurangkan penyiraman dari segi jumlah air dan kekerapan untuk mengurangkan pertumbuhan anak benih dan ini membolihkan karbohidrat yang terbentuk dapat di simpan untuk di gunakan ketika anak benih tumbuh di taman nanti dan ia di lakukan selama tujuh hingga ke sepuluh hari.

MENANAM ANAK POKOK DAN ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENA

  • Pilih beg politena hitam yang beukuran besar sedikit daripada bola akar anak pokok atau anak benih;
  • Tentukan beg politena mempunyai lubang-lubang kecil untuk saliran di sekelilingnya;
  • Masukkan anak pokok atau anak benih ke dalam beg politena dan tambah lagi medium pemasuan sehingga hampir penuh;
  • Padatkan sedikit medium di sekeliling anak pokok atau anak benih supaya akar dapat bersentuhan baik dengan medium;
  • Letakkan beg politena di tempat yang teduh dan siram anak pokok atau anak benih dengan secukupnya;
  • Dedahkan anak pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur setelah lebih kurang seminggu

MENANAM ANAK POKOK DAN ANAK BENIH KE DALAM PASU

  • Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya;
  • Rendam dalam aiar terlebih dahulu selama beberapa jam jika mengunakan pasu tanag liat,pasu-pasu plastik tidak perlu di randam kerana dindingnya tidak telap air;
  • Masukkan batu-batu kecil atau sabut kelapa yang di kisar ke dalam pasu setebal 2-3cm;
  • Masukkan medium pemasuan ke dalam pasu sehingga separuh penuh;
  • Keluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semaian atau beg politena, pecah-pecahkan sedikit bola akar sekiranya terlalu padat dan letakkan pokok di tengah-tengah pasu;
  • Hentak-hentakkan pasu sedikit beberapa kali supaya medium dalam pasu menjadi mampat;
  • Pastikan anak pokok tidak di tanam lebih dalam daripada paras asalnya ketika di dalam beg politena atau kotak semaian;
  • Siram tanaman dengan cermat;
  • Letakkan pasu di tempat teduh selama beberapa hari.

MENANAM ANAK POKOK DAN PALMA KE TANAH

  • Sediakan dan bersihkan kawasan yang akan di gunakan untuk menanam anak pokok atau palma;
  • Siapkan lubang seluas 1m x 1m x 1m (1 meter padu);
  • Masukkan campuran tanah penanaman yang melebihi dari paras permukaan lubang yang di buat tadi, bahan campuran tanah penanaman ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian bahan organik (bahan dari najis binatang);
  • Buat lubang kecil di atas timbunan tanah penanaman tadi di mana anak pokok akan di masukkan ke dalam lubang itu;
  • Tanam anak pokok dengan berhati-hati supaya akar tunjangnya lurus ke bawah dan akar-akar cabang terletak dengan baik dan elakkan dari menanamnya terlalu dalam;
  • Beri sokongan dengan mengunakan kayu yang di ikat pada batang anak pokok tadi dan dari masa ke semasa awasi ikatan tali supaya sentiasa berkeadaan longgar dan ganti jika perlu;
  • Siram anak pokok secukupnya untuk menyegarkan anak pokok yang baru di tanam dan seterusnya tutup permukaan tanah dengan mengunakan bahan sungkupan saperti rumput kering, jerami padi atau plastik hitam;
  • Beri perlindungan anak pokok yang baru di tanam tadi dengan mengunakan daun-daun besar saperti daun palma atau mengunakan kepingan politena hitam.

 

MEMINDAH POKOK DAN PALMA

  • Pilih dan sediakan pokok atau palma yang akan di pindah;
  • Besihkan kawasan pokok atau palma yang akan di pindah dengan membuang tanah di sekeliling pohon pokok untuk membuat bola akar;
  • Buat bola akar dengan mengunakan skop dan potong akar-akar yang berlebihan atau terkeluar dari bola akar;
  • Bungkus bola akar dengan mengunakan kepingan plastik, beg politena atau guni;
  • Angkat dan pindah pokok tadi ke dalam penanaman yang baru;
  • Beri sokongan dengan mengunakan kayu yang di ikat kepada batang pokok tadi;
  • Siram pokok tadi secukupnya dan kemudian tutup permukaan tanah dengan bahan sungkupan saperti rumput kering, jerami padi atau plastik hitam.

PENJAGAAN ANAK POKOK DAN PALMA

  • Siram untuk membekalkan anak pokok kelembapan yang cukup untuk pertumbuhannya;
  • Baja kerana baja yang di berikan boleh membekalkan tanaman dengan kandungan nutrien yang mencukupi;
  • Pangkas dahan-dahan yang tidak di kehendaki dan juga untuk membentuk pokok kepada bentuk dan saiz yang di kehendaki;
  • Kawal tumbuhan rumpai untuk mengelakkan rumpai-rumpai yang mengambil makanan dan air yang di perlukan untuk tanaman dan juga boleh mencacatkan kecantikan taman;
  • Kawal tanaman daripada serangan penyakit dan serangga perosak. Sebelum memberi rawatan kepada penyakit atau meracun serangga perosak hendaklah di teliti dan di ketahui jenis-jenis penyakit atau serangga perosak di mana dalam tanaman hortikultur dan lanskap terdapat tiga cara penyakit berjangkit iaitu melalui virus, bakteria dan melalui jangkitan kulat, kimia kawalan adalah berlainan dari satu-satu jangkitan

 

Di Sampaikan Oleh:

Dayang Hairani binti Haji Awang Ghani
Jurukultura Kebunan (Horticulturist),
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
Kementerian Pembangunan