Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPembiakan Secara Keratan
Powered By E-Government Promotion Unit, IT & E-Government, Prime Minister's Office.

Pembiakan Secara Keratan

PEMBIAKAN SECARA KERATAN

PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG 

  • KERATAN BATANG LEMBUT:  Contoh Tanaman – Alternanthera sp
    • Ambil bahagian batang yang termuda sekali dan masih hijau;
    • Buat keratan sepanjang 10-15cm berserta 2-3 helai daun;
    • Celup pangkal batang dengan hormone pengalak akar;
    • Semai keratan didalam lubang-lubang kecil yang telah disediakan diatas medium pengakaran atau semai terus ke dalam plastik politena yang bersesuaian;
    • Siram persekitaran sehingga medium menjadi lembap;
    • Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
    • Catit jenis dan jumlah yang disemai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan di tepi pasu atau beg politena.
       
  • KERATAN BATANG SEDERHANA:
    Contoh Tanaman: Hibiscus sp
    • Ambil bahagian dahan yang baru matang;
    • Buat keratan sepanjang 10-20cm dan di sertakan dengan beberapa helai daun;
    • Celup pangkal dahan dengan hormone pengalak akar;
    • Semai keratan di dalam lubang-lubang kecil yang telah di sediakan di atas medium;
    • Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;
    • Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
    • Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.
       
  • KERATAN BATANG KERAS:
    Contoh Tanaman: Pokok Simpur
    • Ambil dahan yang mudah mengeluarkan akar iaitu daripada dahan dan batang yang telah lama matang;
    • Buat keratan sepanjang 2m atau lebih;
    • Celup pangkal dahan dengan hormon pengalak akar;
    • Tanam keratan batang keras terus ke dalam beg politena atau pasu;
    • Siram persekitaran keratan sehingga medium menjadi lembap;
    • Letakkan semaian di tempat yang terlindung;
    • Catit jenis dan jumlah yang di semai dengan menyatakan tarikh penyemaian di dalam lebal yang di simpan ditepi pasu atau beg politena.

 

PEMBIAKAN SECARA KERATAN AKAR (Contoh Tanaman: Philodendron sp) 
  • Potong akar-akar se panjang 15-30cm;
  • Semai ke dalam medium pengakaran secara tegak atau mendatar;
  • Semai secara tegak tentukan yang bahagian hujung akar itu berada di dalam medium dan bahagian pangkalnya berada di atas medium;
  • Letakkan bahan biakkan di tempat yang terlindung;
  • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biak serta mencatit tarikh pembiakkan

 

PEMBIAKKAN SECARA KERATAN DAUN (Contoh Tanaman: Sanseviera sp) 
  • Keratan daun bolih di akarkan dan kaedah ini sering di lakukan untuk mengakarkan daun berlendir. Terdapat empat cara menyediakan keratan daun:
     
    • KERATAN URAT DAUN (Contoh Tanaman: Begonia sp)
      • Ambil daun yang sihat dan bebas daripada penyakit atau seranggan serangga perosak;
      • Letakkan di atas medium penanaman dengan memotong urat daun sepanjang 1cm;
      • Tekan sedikit daun dengan mengunakan pin ke atas medium penanaman supaya urat daun yang di potong dapat bersentuhan dengan medium penanaman;
      • Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;
      • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
         
    • KERATAN LAI DAUN (Contoh Tanaman: Sanseviera sp)
      • Ambil lai daun dan potong sepanjang 4-5cm;
      • Semai keratan-keratan yang telah di potong secara tegak atau mendatar di atas medium pengakaran;
      • Keratan-keratan lai daun yang di semai menegak hendaklah bahagian atas lai daun itu menghala ke atas dan bahagian bawah lai daun di tanam ke medium medium;
      • Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;
      • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
         
    • KERATAN TUNAS DAUN (Contoh Tanaman: Lornicera sp)
      • Ambil daun yang mempunyai tunas ketiak dan sedikit bahagian batang;
      • Semai keratan ke dalam medium pengakaran dengan cara mencocok keratan sehingga ke paras bahagian lai daun;
      • Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;
      • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
         
    • KERATAN LAI DAUN DAN TANGKAI DAUN (Contoh Tanaman: Begonia sp)
      • Ambil sekeping daun serta tangkai daun;
      • Tanam bahagian tangkai daun ke dalam medium pengakaran dan bahagian lai daun berada di atas permukaan medium;
      • Letakkan bahan biakan di tempat yang terlindung;
      • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.