Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPembiakan Mengunakan Bahagian Khas Tumbuhan
Powered By E-Government Promotion Unit, IT & E-Government, Prime Minister's Office.

Pembiakan Mengunakan Bahagian Khas Tumbuhan

Pembiakkan Mengunakan Bahagian Khas Tumbuhan

Pembiakkan dengan cara ini terbahagi kepada 7 iaitu:

  • Pembiakkan mengunakan stolon
  • Pembiakkan mengunakan rizom
  • Pembiakkan mengunakan bebawang
  • Pembiakkan mengunakan ubi
  • Pembiakkan mengunakan umbisi
  • Pembiakkan mengunakan pembahagian rumpun
  • Pembiakkan melalui anak-anak pokok/benih

    PEMBIAKKAN MENGUNAKAN STOLON (Contoh Tanaman:
    Rumput Bermuda/Episcia sp)

  • Pisahkan anak-anak tanaman yang tumbuh daripada tanaman induk;
  • Tanam ke dalam pasu atau beg politena;
  • Letakkan di tempat yang terlindung;
  • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

    PEMBIAKKAN MENGUNAKAN RIZOM (Contoh Tanaman:
    Heliconia sp/Zingiber sp)
  • Potong rizom kepada beberapa potongan kecil dan setiap potongan sekurang-kurangnya mempunyai dua mata tunas;
  • Tanam ke dalam pasu atau beg politena;
  • Letakkan di tempat yang terlindung;
  • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
Heliconia sp
http://env.gov.bn/courses/images/courses04_01.jpg  
 

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN BEBAWANG (Contoh Tanaman: Hymenocallis sp)

  • Pisahkan anak-anak bebawang yang tumbuh dari bebawang induk;
  • Tanam ke dalam pasu atau beg politena;
  • Letakkan di tempat yang terlindung;
  • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
Hymenocallis sp
http://env.gov.bn/courses/images/courses04_02.jpg
 

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN UBI (Contoh Tanaman: Ipomea sp/Ubi)

  • Potong bahagian-bahagian yang mempunyai tunas kepada beberapa bahagian;
  • Celup bahagian ubi yang telah dipotong dengan racun kulat sebelum menanam;
  • Tanam bahagian-bahagian ubi ke dalam medium penanaman;
  • Letakkan di tempat yang terlindung;
  • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

 

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN UMBISI (Contoh Tanaman: Ananas/Agave)

  • Ambil anak-anak umbisi yang di panggil kormel;
  • Potong anak-anak umbisi;
  • Tanam bahagian-bahagian umbisi ke dalam medium penanaman;
  • Letakkan di tempat yang terlindung;
  • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.

 

PEMBIAKKAN MENGUNAKAN PEMBAHAGIAN RUMPUN (Contoh Tanaman:

Ophiopogon sp)

  • Ambil tanaman yang mempunyai rumpun;
  • Pecah-pecahkan rumpun sehingga menjadi beberapa rumpun;
  • Ambil rumpun yang telah di pecahkan;
  • Tanam ke dalam medium penanaman dan hendaklah di tanam separas dengan keadaan semasa hidup berumpun;
  • Letakkan di tempat yang terlindung;
  • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.
Ophiopogon sp
http://env.gov.bn/courses/images/courses04_03.jpg

 

PEMBIAKKAN MELALUI ANAK-ANAK POKOK/BENIH

  • Ambil tanaman yang mengeluarkan anak-anak pokok;
  • Pisahkan anak-anak pokok itu daripada pokok induk;
  • Ambil rumpun yang telah di pecahkan;
  • Tanam ke dalam medium penanaman;
  • Letakkan di tempat yang terlindung;
  • Catit dan rekod jenis dan jumlah yang di biakan serta catit tarikh pembiakkan.