|
Planet lawan Plastik: Seruan untuk bertindak |
Plastik.
Salah satu ciptaan yang setentunya telah memberikan kesan yang positif dalam merevolusikan pelbagai aspek kehidupan moden seperti kegunaannya di dalam perubatan dan kesihatan, pengangkutan, permakanan dan teknologi maklumat. Dengan sifatnya yang ringan, tahan lama dan serba boleh dalam memberikan kemudahan dan inovasi, plastik tidak terkecuali mempunyai kesan negatif. Sifat ketahanan plastik yang membuatkan ia sangat berguna ini juga menjadikannya hampir mustahil untuk reput secara semula jadi dan boleh mengakibatkan pencemaran. Ditambah lagi dengan cara plastik dihasilkan, digunakan dan dilupuskan oleh sesetengah pihak yang tidak peka ataukurang berpengetahuan akan kepentingan menjaga alam sekitar, turut memberikan kesan yang negatif.
Menurut satu artikel yang dikeluarkan oleh pihak EARTHDAY.ORG, penghasilan bahan plastik telah mencapai lebih dari 380 juta ton dalam satu tahun dan lebih dari 500 bilion beg plastik, iaitu satu juta beg dalam satu minit, telah dihasilkan di seluruh dunia pada tahun lepas. Ini bermakna penggunaan beg plastik sekali guna masih berleluasa. Dari jumlah bahan plastik yang dihasilkan, hanya 16% dikitar semula, di mana sebahagian besarnya berakhir di tapak pelupusan sampah, loji pembakaran atau lebih teruk lagi – di lautan. Walaupun selepas sisa plastik ini hancur, ia akan kekal sebagai mikroplastik dan setiap zarah kecil akan meresap ke setiap relung kehidupan di planet ini.
Tema sambutan Hari Bumi tahun ini adalah sangat bertepatan dengan keperluan untuk menangani isu global dan nasional perihal plastik. Ianya adalah seruan kepada semuain dividu untuk bersatu dalam penamatan bahan-bahan plastik demi kesihatan manusia dan planet. Tema tahun ini juga menekankan pengurangan dalam penghasilan bahan plastik global kepada 60% menjelang tahun 2040 bagi mencapai matlamat utama dalam membina masa depan yang bebas plastik untuk generasi yang akan datang. Bertemakan “Planet vs Plastik”, sambutan Hari Bumi 2024 memfokuskan kepada tiga matlamat iaitu Kesedaran dalam Kesihatan (‘Health Awareness’), Permintaan kepada Perubahan (‘Demand Change’) dan Penyelasaian yang Inovatif (‘Innovative Solutions’).
Alhamdulillah, Negara Brunei Darussalam telahpun menyedari implikasi penggunaan plastik sekali guna dan seterusnya mengambil langkah-langkah ke arah pengurangannya secara berterusan ke arah mengurangkan penjanaan sisa plastik dan pencemaran plastik, sejajar dengan amalan terbaik global iaitu mengikut hierarki pengurusan sisa buangan atau waste management hierarchy.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan pendekatan senegara giat dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dari agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan dan pengusaha-pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) dalam mempromosikan inisiatif-insiatif yang menjurus kepada pengurangan penggunaan barang-barang plastik sekali guna dan dalam masa yang sama menggalakkan konsep mengguna semula.
Salah satu contoh usaha kolaboratif berkenaan yang dapat kita lihat baru-baru ini ialah perlaksanaan Kempen Melaratkan Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik (NPBE+) di Gerai Ramadhan Belia di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Alhamdulillah, sempena sambutan Hari Bumi ini juga, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar,
Taman dan Rekreasi dengan kerjasama Big BWN Project dan Zero Waste Brunei telah mengendalikan Kempen Melaratkan Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik di Gerai Ramadhan Belia sepanjang bulan Ramadhan 1445H. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan para peniaga dan pengunjung untuk beralih kepada gaya hidup yang mampan bagi kepentingan alam sekitar dan generasi-generasi yang akan datang. Sepanjang kempen tersebut dijalankan, kita dapat melihat ramai pengunjung membawa beg guna semula mereka apabila membeli juadah penyungkaian. Ini menggambarkan kefahaman dan kesedaran orang ramai tentang kebaikan menggunakan beg guna semula berbanding dengan beg plastik sekali guna. Namun, terdapat juga segelintir individu yang masih memilih untuk menggunakan beg plastik sekali guna menyebabkan peniaga kembali menyediakan beg plastik di premis mereka.
Perlu ditekankan di sini, komitmen dan sokongan semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, pihak pengurusan acara, peniaga-peniaga dan orang awam adalah penting dan perlu diperkuatkan untuk memastikan setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan inisiatif ini sekaligus menyumbang kepada usaha negara untuk mencapai persekitaran yang lestari sejajar dengan Matlamat 2 WawasanBrunei 2035.
Di samping itu, komitmen negara di arena antarabangsa dalam menangani isu plastik turut dititkberatkan dengan penglibatan aktif Negara Brunei Darussalam di dalam ‘Intergovernmental Negotiating Committee’ yang diberi mandat untuk menggubal satu perjanjian global bagi menangani pencemaran plastik, seperti yang ditetapkan di dalam resolusi 5/14 bertarikh 2 Mac 2022 bertajuk: ‘End plastic pollution: towards an international legally binding instrument’ yang dihasratkan untuk dimuktamadkan menjelang akhir tahun 2024. Ini menunjukkan kesungguhan dunia dalam sama-sama
berganding bahu untuk mencapai kata sepakat dan jalan penyelesaian bagi masaalah plastik yang tidak mengenal sempadan.
Jika diamati, tema “Planet vs Plastik” ini bukan sahaja mengenai perlindungan alam sekitar, tetapi juga mengenai melindungi diri kita dan generasi yang akan datang. Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap lapisan masyarakat untuk menyemai dan memupuk rasa tanggungjawab dan cintakan alam sekitar seperti yang dituntut di dalam agama Islam. Mulakan dengan diri sendiri dengan mengamalkan tabiat-tabiat yang hijau dan mesra alam. Pertimbangkan dengan teliti sama ada mana-mana bahan plastik itu benar-benar diperlukan. Sokong perniagaan yang menjual atau menggunakan alternatif yang mesra alam. Didik diri awda dan orang sekeliling awda dengan perkembangan terkini mengenai isu pencemaran dan juga jalan penyelesaian plastik. Insya Allah, sedikit demi sedikit, kita semua dapat menyumbang secara positif ke arah penjagaan dan pemeliharaan planet kita dari kesan plastik secara menyeluruh, efektif dan berpanjangan melalui pendekatan seluruh negara.
– TAMAT –
|
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
Planet vs Plastics: Call for Action |
Plastic.
One of the inventions that has certainly had a positive effect in revolutionizing various aspects of modern life such as its use in medicine and health, transportation, nutrition and information technology. With its light, durable and versatile nature in providing convenience and innovation, plastic is no exception to having negative effects. The durability of plastic that makes it so useful also makes it nearly impossible to decompose naturally and cause pollution. In addition, the way plastic is produced, used and disposed of by some parties who are not sensitive or lacking knowledge of the importance of protecting the environment, also has a negative effect.
According to an article published by EARTHDAY.ORG, the production of plastic materials has reached more than 380 million tons in one year and more than 500 billion plastic bags, which is one million bags in one minute, were produced worldwide last year. This means that the use of single-use plastic bags is still widespread. Of the total plastic materials produced, only 16% is recycled, where most of it ends up in landfills, incineration plants or even worse – in the ocean. Even after the plastic wastes break down, it will remain as microplastic and every minute particle will permeate into every niche of life on the planet.
The theme of this year's Earth Day celebration is very much in line with the need to address the global and national issue of plastic. It is a call to all individuals to unite in ending plastic materials for the health of people and the planet. This year's theme also emphasizes the reduction in the production of global plastic materials to 60% by the year 2040 to achieve the main goal of building a plastic-free future for generations to come. With the theme "Planet vs. Plastics", the Earth Day 2024 celebration focuses on three goals, namely Health Awareness, Demand Change and Innovative Solutions.
Alhamdulillah, Brunei Darussalam has realized the implications on the consumption of single-use plastics and has subsequently taken steps towards reducing it continuously towards reducing the generation of plastic waste and plastic pollution, in line with international best practice, which is according to the waste management hierarchy. Over the past few years, we have seen active whole-of-nation approach implemented by stakeholders from government agencies, the private sectors, non-governmental organizations and Micro, Small and Medium Enterprises (MSME) in promoting initiatives towards the reduction of the use of single-use plastics and at the same time encouraging the concept of reuse.
One of the recent examples of such collaborative efforts was the Expansion of the No Plastic Bag Everyday Initiative (NPBE+) at the Gerai Ramadhan Belia at the Hassanal Bolkiah National Stadium this year. Alhamdulillah, in conjunction with the Earth Day celebration, the Ministry of Development through the Department of Environment, Parks and Recreation in collaboration with Big BWN Project and Zero Waste Brunei has conducted the NPBE+ campaign at the Gerai Ramadhan throughout the month of Ramadhan 1445H. The campaign aimed to encourage vendors and visitors to switch to a sustainable lifestyle for the sake of the environment and future generations. Throughout the implementation of this campaign, we could see that many visitors bring their own reusable bags when purchasing food and beverages. This reflects the public's understanding and awareness of the benefits of using reusable bags compared to singleuse plastic bags. However, there were also a few individuals who still chose to use singleuse plastic carriers, causing vendors to return to providing plastic bags at their premises.
It should be emphasized that the commitment and support of all parties including government agencies, the private sector, event management, business vendors and the general public are important and need to be strengthened to ensure that each individual plays their own role in making this initiative a success while also contributing to the national efforts to achieve a sustainable environment in line with Goal 2 of Brunei Vision 2035.
In addition, the country's commitment in the international arena in dealing with plastic issues is also emphasized with the active involvement of Brunei Darussalam in the Intergovernmental Negotiating Committee mandated to develop a global agreement to address plastic pollution, as stipulated in resolution 5/14 dated 2 March 2022 entitled: 'End plastic pollution: towards an international legally binding instrument' which is intended to be finalized by the end of 2024. This shows the world's seriousness in working together to reach a consensus and a solution for plastic problem that knows no borders.
If observed, this "Planet vs. Plastics" theme is not only about protecting the environment, but also about protecting ourselves and future generations. Therefore, it is important for every level of society to instil and nurture a sense of responsibility and love for the environment as demanded in the Islam. Start with yourself by adopting green and
environmentally friendly habits. Carefully consider whether any of the plastic material is really necessary. Support businesses that sell or use environmentally friendly alternatives. Educate yourself and the people around you with the latest developments on pollution issues and plastic solutions. Insya Allah, step by step, we can all contribute positively towards the care and preservation of our planet from the effects of plastic in a comprehensive, effective and long-lasting way through a nationwide approach.
|