Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPROGRAM YouLEARn BELIA BRUNAS 2025

 


PROGRAM YouLEARn (“Youth Learn, Empower and Advocate for a Resilient Environment”) BELIA BRUNAS 2025

Khamis, 31 Julai 2025

UHT (5) x750.jpg

31 Julai 2025 - Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dengan kerjasama Bank Baiduri telah menutup tirai Program YouLEARn (“Youth Learn, Empower and Advocate for a Resilient Environment”) Belia BRUNAS 2025 pada hari Khamis, 31 Julai 2025. 

Program YouLEARn merupakan Fasa 1 Program Belia BRUNAS yang berbentuk kursus bengkel latihan yang telah berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 21 hingga 25 Julai 2025, dan seramai tiga puluh (30) peserta belia daripada tujuh (7) buah pasukan telah menyertai program tersebut, yang terdiri daripada penuntut-penuntut institusi pengajian tinggi, belia-belia daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan- usahawan muda. 

Dengan bertemakan "Beat Plastic Pollution", para peserta program pada tahun ini telah didedahkan kepada isu-isu pencemaran plastik bukan sahaja di Negara Brunei Darussalam, tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa, termasuk cabaran-cabaran dan peluang-peluang serta inisiatif- inisiatif dalam menangani isu-isu pencemaran plastik. Tambahan itu, para peserta berpeluang untuk melawat sambil belajar ke Syarikat Wan Sing Trading Company, iaitu pembuat dan pengedar bungkusan plastik tempatan, Syarikat Kawan Bumi Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat kitar semula botol-botol plastik terpakai dan Tapak Pelupusan Sungai Paku. Melalui kaedah ini, para peserta lebih memahami bukan sahaja isu pencemaran plastik "on the ground", tetapi juga kesan sosio-ekonomi jika sebarang dasar atau program menangani isu plastik diperkenalkan.

UHT x750.jpg

Selain daripada mempelajari dan menimba ilmu megenai isu pencemaran plastik, peserta-peserta program juga telah dilatih dan dibimbing mengenai pengurusan projek, kewangan dan belanjawan, kemahiran berkomunikasi, asas kepimpinan, kerja berpasukan dan pencetusan idea-idea kreatif dan inovatif. Di akhir program, setiap pasukan telah berjaya menghasilkan cadangan projek dan membentangkannya kepada panel-panel hakim semasa “Pitch Day” yang telah diadakan pada 31 Julai 2025.

14 x750.jpg

Program Belia BRUNAS (“Belia Brunei Nadi Alam Sekitar”) merupakan satu platform yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan yang memberi peluang kepada belia-belia di Negara Brunei Darussalam untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar yang memberi impak yang lebih bermakna dan berpanjangan, dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar negara.


-TAMAT-

Disediakan oleh:
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
Kementerian Pembangunan