Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPENANDATANGANAN SIJIL PENYERAHAN BAGI PROJEK CLEAN AIR FOR SUSTAINABLE ASEAN (CASA)

 


MAJLIS PENANDATANGANAN SIJIL PENYERAHAN BAGI PROJEK CLEAN AIR FOR

SUSTAINABLE ASEAN (CASA) DI BAWAH KUMPULAN KERJA ASEAN ON

ENVIRONMENTALLY SUSTAINABLE CITIES


18 November 2024, Hari Isnin


Ainsons-23.jpg


18 November 2024 – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan telah mengadakan majlis penandatanganan sijil penyerahan bagi Projek Clean Air for Sustainable ASEAN (CASA) di bawah Kumpulan Kerja ASEAN on Environmentally Sustainable Cities (AWGESC) untuk Brunei Darussalam di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan pada hari Isnin, 18 November 2024.

Hadir selaku tetamu kehormat untuk menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Dayang Dr. Nor Imtihan binti Abdul Razak.

Ainsons-69.jpg

Turut hadir ialah Bakal Duta Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sun Nahmkook, rombongan delegasi dari Negara Republik Korea, pegawai-pegawai kanan dari Jabatan ASEAN, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, dan Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Image 2024-11-19 at 9.28.09 AM.jpeg

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan ucapan tahniah oleh Tuan Yang Terutama Sun Nahmkook, Bakal Duta Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam.

Majlis diteruskan dengan penandatanganan sijil penyerahan di antara Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Ketua Penyelidik Projek Clean Air for Sustainable ASEAN (CASA) dan disaksikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) dan Bakal Duta Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam. Majlis penandatanganan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Profesor Kiyoung Lee, Ketua Penyelidik Projek Clean Air for Sustainable ASEAN (CASA).

WhatsApp Image 2024-11-18 at 3.34.39 PM.jpeg

Projek Clean Air for Sustainable ASEAN (CASA) adalah salah satu usaha kerjasama di antara Negara Republik Korea bersama Negara Anggota ASEAN (AMS) di bawah naungan Kumpulan Kerja ASEAN on Environmentally Sustainable Cities (AWGESC). Projek ini akan dilaksanakan bagi tempoh empat (4) tahun (2023 – 2026). Negara Brunei Darussalam adalah di antara negara anggota ASEAN yang menyertai dan menerima sumbangan daripada Negara Republik Korea iaitu dua (2) peralatan pemantauan kualiti udara untuk ditempatkan di lokasi strategik di Negara Brunei Darussalam. Projek ini bertujuan untuk memberi sokongan menyeluruh kepada Negara Anggota ASEAN (AMS) bagi mengurangkan pencemaran udara dan kesan negatifnya melalui langkah-langkah politik, saintifik dan teknikal.

Pegawai Fokal:
(i) Nur Naila Athifa Lim binti Abdullah (+673 8936 495 /
athifa.abdullah@env.gov.bn)