Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNOTIS SEBUT HARGA DAN TAWARAN

​​​​​​​​Tatacara dan Syarat-Syarat Penyertaan

​1​​.
Dokumen sebut harga/tawaran boleh diperolehi di Unit Projek, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Tingkat 1, Bangunan Tumasek Plaza, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, dengan mengisi lengkap slip borang pembelian dokumen sebut harga/tawaran serta menghadapkan salinan dokumen-dokumen berikut: ​
​​​
a)
Sijil Pendaftaran Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan

b)
Kad pengenalan pemilik atau pengarah syarikat

c)
Sijil Pendaftaran Kontraktor Kementerian Pembangunan​​

d)
Sijil Pematuhan Cukai

e)
Sijil Pematuhan Akta Tabung Amanah Pekerja

f)
Penyata tahunan

g)Surat wakil sekiranya bukan pemilik atau pengarah syarikat yang membeli dokumen sebut harga/tawaran

h)​
Dokumen-dokumen lain yang membuktikan pematuhan syarat-syarat khas yang ditetapkan seperti yang dinyatakan pada notis iklan sebut harga/tawaran, jika berkenaan

2.
Setiap dokumen sebut harga/tawaran dikenakan sejumlah yuran sebut harga/tawaran yang telah ditetapkan dan yuran tersebut tidak dikembalikan.
3.
Pembayaran yuran sebut harga/tawaran bolehlah dibuat di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Tingkat 1, Bangunan Tumasek Plaza, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan semasa waktu pembayaran hari bekerja berikut:

                        Isnin - Khamis: 8:30 pagi - 11:00 pagi & 1:30 petang - 3:00 petang

                        Sabtu: 8:30 pagi - 10:00 pagi

4.​
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi berhak untuk melanjutkan tarikh tutup sebut harga/tawaran, menangguhkan atau membatalkan  sebut harga/tawaran.
5.
Dokumen sebut harga/tawaran yang dikembalikan selepas tarikh dan jam tutup yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.
6.

Penyertaan sebut harga/tawaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dinyatakan di atas dan di dalam dokumen sebut harga/tawaran. ​Kegagalan untuk mematuhi sebarang terma dan syarat boleh menyebabkan penyertaan ditolak dan/atau dikira tidak sah.
7.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai penyertaan sabut harga/tawaran boleh diajukan kepada:

          

                         Unit Projek
                         Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
                         Tingkat 1, Bangunan Tumasek Plaza
                         Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
                         Bandar Seri Begawan, BA1910
                         Negara Brunei Darussalam
                       
                         Tel: 2241262 sambungan 1142/1143
                         E-mel: projek.jastre@env.gov.bn
                       


Senarai Sebut Harga dan Tawaran                

1.   Sebutharga :​​Click Here PNGTree.png​​
​​​
2.   Tawaran  :Click Here PNGTree.png