MESYUARAT KE-19 PERSIDANGAN AHLI-AHLI PARTI KEPADA
PERJANJIAN ASEAN MENGENAI PENCEMARAN JEREBU MERENTAS
SEMPADAN
(COP-19)
18 DISEMBER 2024, BANGKOK, THAILAND
|
1. Mesyuarat ke-19 Persidangan Ahli-Ahli Parti kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (COP-19) telah diadakan pada 18 Disember 2024 di Bangkok, Thailand. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Menteri-Menteri, pegawai-pegawai dan/atau wakil bagi alam sekitar, tanah, kebakaran hutan dan jerebu, dari Negara-Negara Anggota ASEAN, dan Timbalan Setiausaha Agung ASEAN untuk Komuniti SosioBudaya ASEAN, di bawah Pengerusian Yang Berhormat Narapat Kaeothong, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand. Mesyuarat ke-19 Jawatankuasa di bawah Persidangan Ahli-Ahli Parti kepada Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (COM-19) telah terlebih dahulu diadakan.
2. Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Yang Mulia, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah, dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan dan turut hadir Pegawai - Pegawai Kanan dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
3. Mesyuarat menegaskan semula komitmen mereka untuk memastikan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) dilaksanakan sepenuhnya dan berkesan. Mesyuarat juga menggalakkan Negara-Negara Anggota ASEAN yang lain untuk mempercepatkan penandatanganan Perjanjian Penubuhan Pusat Koordinasi ASEAN untuk Kawalan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ACC THPC) untuk membolehkan Pusat tersebut ditubuhkan dan beroperasi sepenuhnya di Indonesia bagi memudahkan pelaksanaan AATHP yang lebih cepat dan berkesan dalam menangani pencemaran jerebu merentas sempadan di rantau ini, termasuk penubuhan komiti ACC THPC.
|
4. Mesyuarat mengambil maklum kemajuan baik dalam pelaksanaan Second Roadmap on ASEAN Cooperation towards Transboundary Haze Pollution Control with Means of Implementation (Haze-free Roadmap) 2023-2030, Second ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) dan rangka kerja Pemantauan dan Penilaian (Monitoring & Evaluation) yang telah dipersetujui dalam memperkukuhkan, meningkatkan, dan menangani secara menyeluruh punca-punca utama pencemaran jerebu rentas sempadan. Mesyuarat mengalu-alukan penubuhan Pasukan Petugas Ad-Hoc Rangka Kerja Pelaburan ASEAN untuk Pengurusan Tanah Lestari Bebas Jerebu bagi memimpin penglibatan dan penyelarasan antara Negara-Negara Anggota ASEAN, badan sektor berkaitan, dan rakan kongsi ke arah pelaksanaan Rangka Kerja Pelaburan ASEAN yang berjaya. Mesyuarat juga mengalualukan pembangunan Garis Panduan ASEAN Guideline on Burned Area and Estimation for Achieving a Haze-Free Southeast Asia bagi meningkatkan keupayaan AMS untuk memetakan, mengurus, dan mengurangkan kesan kebakaran hutan dengan berkesan. Mesyuarat mengambil maklum penggunaan Garis Panduan ASEAN mengenai Pengurangan Pembakaran Tanaman, Pelan Tindakan ASEAN mengenai Pertanian Lestari dan Laluan ASEAN untuk Karbon/Greenhouse Gas Neutrality, dan Mesyuarat Ke-46 Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN (AMAF).
5. Mesyuarat mengambil maklum laporan dari Pusat Meteorologi Khas ASEAN
(ASMC) mengenai bilangan titik panas di sub-rantau Mekong pada tahun 2024 adalah tinggi semasa musim kering dari Disember 2023 hingga Mei 2024. Keadaan ini meningkat pada Mac 2024 apabila Tahap Amaran 3 dikeluarkan pada 6 Mac 2024, dan jerebu merentas sempadan telah menjejaskan banyak kawasan di sub-rantau tersebut. Walaupun jumlah titik panas keseluruhan kawasan itu kekal tinggi dalam lima tahun sebelumnya, ia menurun 12.5% pada tahun 2024 berbanding tahun 2023. Tahap Amaran 1 telah diaktifkan pada 17 Julai 2024 untuk permulaan musim kering di rantau ASEAN selatan. Walaupun jumlah titik panas keseluruhan di kawasan selatan ASEAN adalah agak tinggi berbanding dengan lima tahun lalu, ianya menurun 44.3% pada tahun 2024 berbanding pada tahun 2023. Mesyuarat mengambil maklum bahawa keadaan La Niña dijangka wujud pada bulan Disember 2024 dan akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya pada awal tahun 2025. Di kawasan selatan ASEAN, situasi titik panas dan jerebu berkemungkinan akan terus terkawal semasa musim hujan. Walau bagaimanapun, peningkatan aktiviti titik panas mungkin berlaku di kawasan tersebut semasa fasa kering Northeast Monsoon, biasanya sekitar akhir bulan Januari – Februari 2025. Mesyuarat juga mengambil maklum perubahan yang akan datang pada alat satelit yang digunakan oleh ASMC untuk mengesan kebakaran dan jerebu di Rantau ASEAN.
6. Yang Mulia, Setiausaha Tetap (Perancangan, Penggunaan Tanah, dan Alam Sekitar), mengongsikan bahawa Brunei Darussalam mengalami kesan jerebu pada minggu keempat bulan Mac tahun ini disebabkan turunan hujan yang rendah dan jumlah insiden kebakaran yang banyak berlaku di negara ini, dan juga kesan dari jerebu rentas sempadan. Keadaan ini menyebabkan peningkatan dalam bacaan kualiti udara dimana Pollutant Standards Index (PSI) mencapai tahap sederhana (PSI 55 ke PSI 78) di kesemua stesen pemantauan kualiti udara. Namun, turunan hujan lebat yang kadang-kadang berlaku telah membantu mengurangkan dan mencegah keadaan berjerebu daripada berterusan di negara ini. Brunei Darussalam menekankan NegaraNegara Anggota ASEAN untuk meningkatkan lagi persediaan dan kapasiti di peringkat kebangsaan bagi menangani isu pencemaran jerebu merentas sempadan yang berterusan dalam rantau ini.
7. Mesyuarat mengambil maklum laporan yang dibentangkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengenai Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran Asia Tenggara (SEA FDRS) di mana Indeks Cuaca Kebakaran (FWI) SEA FDRS sejajar secara konsisten dengan pemberitahuan amaran ASMC, dengan itu menunjukkan kebolehpercayaan dan ketepatan produk tersebut. Mesyuarat juga mengambil maklum pembinaan kapasiti FDRS SEA di kalangan AMS yang diadakan pada 5 dan 6 Disember 2023, untuk mengukuhkan kapasiti teknikal agensi untuk menggunakan produk FDRS SEA. MET Malaysia akan terus menambah baik SEA FDRS dengan mendapatkan bahan tambahan untuk sandaran operasi. Mesyuarat juga menyatakan bahawa produk Ramalan Cuaca Berangka (NWP) lain akan diuji untuk meningkatkan ketepatan ramalan FDRS.
8. Mesyuarat menghargai usaha dan peranan aktif Negara-Negara Anggota ASEAN dalam memperkukuhkan keupayaan dan menyelaraskan dasardasar kebangsaan dengan keutamaan serantau dalam penilaian, pencegahan, mitigasi dan pengurusan kebakaran lahan dan/atau hutan serta jerebu yang dihasilkan. Walaupun La Nina dijangka berlaku pada musim kering yang akan datang, Mesyuarat bersetuju tentang kepentingan mengambil tindakan tegas untuk meningkatkan kewaspadaan, langkahlangkah pencegahan, dan prosedur pemadaman kebakaran segera bagi mengurangkan kebakaran tanah dan hutan serta mengurangkan kejadian jerebu merentas sempadan semasa cuaca kering.
9. Mesyuarat menghargai rakan kongsi atas komitmen dan kerjasama mereka dalam pelaksanaan AATHP. Mesyuarat mengucapkan tahniah atas kejayaan menyiapkan projek-projek di bawah pelaksanaan Sustainable Use of Peatland and Haze Mitigation in ASEAN (SUPA). Mesyuarat juga menghargai sokongan berterusan daripada Measurable Action for HazeFree Sustainable Land Management in Southeast Asia (MAHFSA) dan mengalu-alukan Projek Pemantauan Jerebu Rentas Sempadan ASEAN yang akan datang dari SERVIR Asia Tenggara. Mesyuarat menekankan mengenai kepentingan kerjasama yang lebih kukuh untuk memajukan pelaksanaan Pelan Tindakan Bebas Jerebu Kedua dan APMS Kedua ke arah ASEAN bebas jerebu dan menyeru kerjasama serta sokongan berterusan daripada rakan kongsi serantau dan global melalui Rangka Kerja Pelaburan ASEAN untuk Pengurusan Tanah Lestari Bebas Jerebu.
10. Mesyuarat mengambil maklum bahawa Lao PDR telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Kapasiti mengenai Memperkukuh Tindakan
Serantau untuk Menangani Jerebu Rentas Sempadan dan Pencemaran Plastik di Asia Tenggara; dan Tindakan Transformasi untuk Mengakhiri Pembakaran Terbuka Sisa di ASEAN yang telah diadakan pada 10-13 Disember 2024 di Vientiane selaku 2024 ASEAN Chairmanship Deliverable.
11. Mesyuarat mengambil maklum laporan daripada Sub-Regional Ministerial
Steering Committee on Transboundary Haze Pollution (MSC) dan SubRegional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution in the Mekong Sub-Region (MSC Mekong) dalam mengesahkan semula komitmen untuk menangani isu-isu yang berkaitan jerebu yang berlaku di kawasan masing-masing. Mesyuarat mengucapkan tahniah atas kejayaan MSC ke-25 di Thailand, MSC Mekong ke-12 di Vietnam, dan MSC Mekong ke-13 yang baru-baru ini diadakan di Cambodia sebagai persediaan untuk musim kering yang akan datang di sub-rantau utara ASEAN.
12. Mesyuarat Ke-20 Persidangan Ahli-Ahli Parti Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentasi Sempadan akan diadakan pada tahun 2025 di Malaysia, sejurus selepas Mesyuarat Menteri-Menterii ASEAN mengenai Alam Sekitar ke-18.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NINETEENTH MEETING OF THE CONFERENCE OF THE PARTIES TO THE
ASEAN AGREEMENT ON TRANSBOUNDARY HAZE POLLUTION
(COP-19)
18 December 2024, Bangkok, Thailand
|
1. The 19th Meeting of the Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (COP-19) was held on 18 December 2024 in Bangkok, Thailand. The Meeting was attended by Ministers, officials and/or representatives for the environment, for land, forest fires and haze, from ASEAN Member States, and the Deputy Secretary-General of ASEAN for ASEAN SocioCultural Community, under the Chairpersonship of H.E. Narapat Kaeothong, Vice Minister for Natural Resources and Environment of Thailand. The 19th Meeting of the Committee under Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (COM-19) preceded the Meeting.
2. Brunei Darussalam was represented by Yang Mulia, Dr Nor Imtihan binti Haji
Abdul Razak, Permanent Secretary (Planning, Land Use, and Environment), Ministry of Development and Senior Officials from the Department of Environment, Parks and Recreation.
3. The Meeting reaffirmed their commitment to the full and effective implementation of the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (AATHP) and encouraged the remaining ASEAN Member States to expedite the signing of the Establishment Agreement of the ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) to complete the full establishment and operationalisation of the Centre in Indonesia to facilitate faster and effective implementation of the AATHP to address transboundary haze pollution in the region, including the establishment of the Committee of ACC THPC.
|
4. The Meeting noted the good progress in the implementation of the Second Roadmap on ASEAN Cooperation towards Transboundary Haze Pollution Control with Means of Implementation (Haze-free Roadmap) 2023-2030, the Second ASEAN Peatland Management Strategy (APMS), and the agreed M&E frameworks in further strengthening, intensifying, and comprehensively addressing the root causes of transboundary haze pollution. The Meeting welcomed the establishment of the Ad-Hoc Task Force of the ASEAN Investment Framework for Haze-free Sustainable Land Management to lead the engagement and coordination among ASEAN Member States, relevant sectoral bodies, and partners towards successful implementation of the ASEAN Investment Framework. The Meeting also welcomed the development of the ASEAN Guideline on Burned Area and Estimation for Achieving a Haze-Free Southeast Asia to enhance the capacity of AMS to map, manage, and mitigate wildfire impacts effectively. The Meeting acknowledged the adoption of the ASEAN Guidelines on Crop Burning Reduction, ASEAN Action Plan on Sustainable Agriculture and ASEAN Pathways for Carbon/Greenhouse Gas Neutrality, and the 46th Meeting of the ASEAN Ministerial for Agriculture and Forestry (AMAF).
5. The Meeting noted the assessment by ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) that hotspot count over the Mekong sub-region in 2024 was elevated during its traditional dry season between December 2023 and May 2024, and the situation escalated in March 2024 with Alert Level 3 issued on 6 March 2024, with widespread transboundary smoke haze was observed to affect many parts of the sub-region. Overall hotspot counts for the sub-region remained high in the last five years but was 12.5% lower in 2024 as compared to 2023. Alert Level 1 on 17 July 2024 for the start of dry season of the southern ASEAN region. While the overall hotspot count over the southern ASEAN region was relatively high compared to the last five years, it was 44.3% lower in 2024 compared to 2023. The Meeting noted that La Niña conditions are expected to become established in December 2024 and then persist until at least early 2025. Over the southern ASEAN region, the hotspot and smoke haze situation is likely to remain suppressed under its traditional wet season. However, some increase in hotspot activity may occur over the region during the dry phase of the Northeast Monsoon, typically around late January-February 2025. The Meeting also noted upcoming changes to satellite tools for fires and haze used by ASMC.
6. Yang Mulia, Permanent Secretary (Planning, Land Use and Environment), shared that Brunei Darussalam experienced haze impacts from local fires and transboundary haze during the fourth week of March this year due to low rainfall reading and a high number of fires in Negara Brunei Darussalam, as well as transboundary haze pollution. This situation resulted in an increase in air quality readings, with the Pollutant Standards Index (PSI) reaching a moderate level (PSI 55 – PSI 78) across monitoring stations. However, the occasional downpours have helped to reduce and prevent hazy conditions from persisting in the country. Brunei Darussalam strongly encouraged ASEAN Member States to enhance their readiness and capacity at the national level to address the persistent issue of transboundary haze pollution within the region.
7. The Meeting noted the updates of the Southeast Asia Fire Danger Rating System (SEA FDRS) presented by the Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) where the Fire Weather Index (FWI) of the SEA FDRS consistently aligns with the ASMC alert notifications, thus demonstrating the reliability and accuracy of the products. The Meeting also noted the capacity building of SEA FDRS among AMS held on 5 and 6 December 2023, to strengthen the technical capacity of the agencies to utilise the SEA FDRS products. MET Malaysia will continuously improve the SEA FDRS by procuring additional servers for operational backup. The Meeting also noted that other Numerical Weather Prediction (NWP) products will be tested to enhance the accuracy of FDRS forecasts.
8. The Meeting recognised the ASEAN Member States’ significant efforts and active roles in strengthening capabilities and aligning national policies with the regional priorities in assessment, prevention, mitigation and management of land and/or forest fires and the resulting haze. While La Nina is expected in the coming dry seasons, the Meeting agreed on the importance of taking strong action to improve vigilance, preventive measures, and immediate fire suppression procedures to mitigate land and forest fires and to minimise the occurrence of transboundary haze during periods of drier weather.
9. The Meeting expressed appreciation to the partners for their strong commitment and valuable cooperation to the implementation of the AATHP. The Meeting congratulated the successful completion of the Sustainable Use of Peatland and Haze Mitigation in ASEAN (SUPA). The Meeting commended the ongoing support from Measurable Action for Haze-Free Sustainable Land Management in Southeast Asia (MAHFSA) Programme and welcomed the upcoming SERVIR Southeast Asia Supporting ASEAN Transboundary Haze Monitoring Project. The Meeting emphasized the importance of building stronger cooperation to advance the implementation of the Second Haze-free Roadmap and the Second APMS towards a haze-free ASEAN and called upon continued partnerships and support from regional and global partners through the ASEAN Investment Framework for Haze-free Sustainable Land Management.
10. The Meeting noted that Lao PDR had organised Capacity Building Workshops on Strengthening Regional Actions to Address Transboundary Haze and Plastic Pollution in Southeast Asia; and Transformative Action to End Open Burning of Waste in ASEAN held on 10-13 December 2024 in Vientiane as 2024 ASEAN Chairmanship Deliverable.
11. The Meeting noted the reports by the Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution (MSC) and the Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution in the Mekong Sub-Region (MSC Mekong) in reaffirming their commitment to address specific haze-related issues occurring in the respective regions. The Meeting congratulated the successful 25th MSC in Thailand, the 12th MSC Mekong in Viet Nam, and the 13th MSC Mekong recently held in Cambodia in preparation for the upcoming dry season of the northern ASEAN sub-region.
12. The 20th Meeting of the Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution will be held in 2025 in Malaysia, back-to-back with the 18th ASEAN Ministerial Meeting on the Environment.