Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMESYUARAT KE-9 KUMPULAN KERJA ASEAN WORKING GROUP ON CHEMICALS AND WASTE

 



14-15 Mei 2025 - Mesyuarat Ke-9 Kumpulan Kerja
ASEAN Working Group on Chemicals and Waste

(AWGCW ke-9)



20240514_142624.jpg


Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat ke-9 ASEAN Working Group on Chemicals and Waste (9th AWGCW) pada 14 - 15 Mei 2024 di Hotel Antarabangsa Rizqun, Bandar Seri Begawan.


IMG_9977.JPG

Mesyuarat tersebut, yan diadakan secara bersemuka dan secara maya, telah dihadiri oleh delegasi-delegasi Negara-Negara Anggota ASEAN dan wakil-wakil daripada Sekretariat ASEAN dan rakan kongsi pembangunan/dialog. Mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah  Achmad Gunawan Widjaksono, Director of Hazardous and Non Hazardous Waste Management, Ministry of Environment and Forestry, Indonesia, manakala Negara Brunei Darussalam, yang diwakili oleh Hajah Martinah binti Haji Tamit, Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, telah dilantik sebagai Naib Pengerusi.


20240514_092909.jpg


Mesyuarat itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau mengenai pengurusan bahan kimia dan sisa termasuk pelaksanaan perjanjian alam sekitar pelbagai hala berkaitan kimia dan sisa berbahaya, seperti Konvensyen Basel, Rotterdam, dan Stockholm (BRS), Konvensyen Minamata dan Protokol Montreal.