
MAJLIS
SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SAW BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN
JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA KELOLAAN JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI
1447H/2025M
Selasa,
9 September 2025
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, 9
September 2025 – Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Sambutan
Maulud Nabi Muhammad SAW bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Majlis ini telah dianjurkan
oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.
 |
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah
Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap,
Kementerian Pembangunan.
Majlis dimulakan dengan bacaan
surah Al-Fatihah dan kemudian diteruskan dengan ceramah khas bertajuk “Lahirnya
Cahaya, Rahmat Sekalian Alam” yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Ahmad
Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sallehuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid,
Kementerian Hal Ehwal Ugama.
 |
Majlis disemarakkan lagi dengan persembahan
Dikir Marhaban yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Hifzhuddin bin Lamudin dan Yang
Mulia Awang Muhammad Hafiy bin Noorsam/Noorsyam, diikuti dengan bacaan selawat
Tafrijiyyah. Majlis diakhiri dengan Doa Selamat.
Turut hadir di majlis tersebut
ialah Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan
Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Yang Mulia Dayang Aldila
binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan
Undang-Undang), Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar,
Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), ketua-ketua
jabatan, divisyen, unit serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian
Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
 |
Majlis ini diadakan untuk memperingati
kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta menyemarakkan syiar Islam
dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kementerian.
-TAMAT-
Disediakan oleh:
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
Kementerian Pembangunan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CELEBRATION
OF MAULUD NABI MUHAMMAD SAW FOR THE MINISTRY OF DEVELOPMENT AND ITS DEPARTMENTS
ORGANISED BY DEPARTMENT OF ENVIRONMENT, PARKS AND RECREATION 1447H/2025M
Tuesday,
9 September 2025
MINISTRY OF DEVELOPMENT, 9
September 2025 – Ministry of Development held the Celebration of Maulud Nabi
Muhammad SAW for Ministry of Development and its departments at Dewan Betabur,
Ministry of Development. The ceremony was organized by the Department of Environment,
Parks and Recreation.
 |
Present as the Guest of Honor at
the ceremony was Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Permanent
Secretary, Ministry of Development.
The ceremony began with the
recitation of Surah Al-Fatihah and then, followed by a special talk titled
“Lahirnya Cahaya, Rahmat Sekalian Alam” that was delivered by Yang Mulia
Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sallehuddin, Mosque Affairs
Officer, Ministry of Religious Affairs.
 |
The ceremony was further enlivened
with the recitation of Dikir Marhaban led by Yang Mulia Awang Hifzhuddin bin
Lamudin and Yang Mulia Awang Muhammad Hafiy bin Noorsam/Noorsyam. This was
followed by the recitation of selawat Tafrijiyyah, and concluded with the recitation
of Doa Selamat.
Also present at the ceremony were Yang
Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Deputy Permanent
Secretary (Construction Industry and Development), Yang Mulia Dayang Aldila
binti Haji Mohamad Salleh, Deputy Permanent Secretary (Corporate and Law), Yang
Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Deputy Permanent Secretary
(Infrastructure, Housing and Professional), heads of departments, divisions,
units as well as officers and staff of the Ministry of Development and its
departments.
 |
The ceremony was held to commemorate the birth of
Prophet Muhammad SAW, to promote the eminence of Islam and to strengthen the
ukhuwah among the ministry’s staff.
-END-
Prepared by:
Department of Environment, Parks and Recreation
Ministry of Development