Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMAJLIS PENGHARGAAN PROJEK KAJIAN RINTIS SISA MAKANAN 2025




MAJLIS PENGHARGAAN PROJEK KAJIAN RINTIS SISA MAKANAN

Hari Rabu, 10 September 2025

10 September 2025 – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan telah mengadakan Majlis Penghargaan Projek Kajian Rintis Sisa Makanan bertempat di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan pada hari Rabu, 10 September 2025.

1.png

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit, Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

2.png

Majlis ini diadakan bagi menghargai kerjasama serta komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan Projek Kajian Rintis Sisa Makanan yang berlangsung selama sebulan bermula 26 Jun hingga 31 Julai 2025 dengan kerjasama Syarikat Biofield Solutions Sdn Bhd. Projek ini telah melibatkan seramai enam puluh tiga (63) vendor makanan dari dua lokasi komersial iaitu The Mall, Gadong dan One Riverside.

3.png

Sepanjang tempoh projek tersebut, sejumlah 2,240.99 kilogram sisa makanan telah berjaya dikumpul daripada kedua-dua lokasi berkenaan berdasarkan data yang direkodkan oleh Syarikat Biofield Solutions. Secara purata, One Riverside mencatatkan sekitar 97 kilogram sisa makanan sehari, manakala The Mall, Gadong mencatatkan purata sekitar 82.8 kilogram sehari.

5.png

Daripada jumlah ini, pecahan komposisi sisa makanan yang diasingkan ialah:

·         One Riverside: 55% sayur-sayuran/buah-buahan, 38% karbohidrat, 6.5% daging/tulang, dan kurang daripada 1% sisa kopi.

·         The Mall, Gadong: 58% sayur-sayuran/buah-buahan, 28% karbohidrat, 14% daging/tulang, dan 0% sisa kopi.

Projek kajian rintis ini merupakan satu langkah penting dalam usaha negara untuk memperkukuhkan pengurusan sisa makanan berteraskan konsep Circular Economy. Melalui projek ini, sisa makanan berjaya dikumpul dan dikitar semula untuk dijadikan baja organik berkualiti tinggi. Kejayaan projek ini telah membuktikan bahawa kerjasama daripada semua pihak mampu mendorong pengurusan sisa makanan yang lebih mampan dan dapat menyumbang kepada aspirasi negara dalam pemeliharaan alam sekitar.

6.png

Selain itu, pihak JASTRe juga telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak pengurusan One Riverside pada 7 Ogos 2025 dan pihak pengurusan The Mall, Gadong pada 21 Ogos 2025 bagi mengongsikan hasil projek rintis serta membincangkan hala tuju seterusnya. Hasil positif daripada projek ini akan diperluaskan lagi ke lokasi-lokasi strategik komersial lain bagi memperkukuhkan lagi pengumpulan data sisa makanan, meningkatkan kesedaran orang awam dan menggalakkan penglibatan yang lebih ramai daripada pelbagai pihak dalam menjayakan Eco Food Waste Initiative.

7.png

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Eco Food Waste Initiative, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di talian 2241262 atau melalui emel di jastre.brunei@env.gov.bn atau melayari laman sesawang rasmi www.env.gov.bn serta ikuti Instagram rasmi iaitu @jastre.bn.

— TAMAT —

Disediakan oleh:
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi
Kementerian Pembangunan


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



APPRECIATION EVENT FOR FOOD WASTE PILOT STUDY PROJECT

Wednesday, 10 September 2025

10th September 2025 - The Department of Environment, Parks and Recreation (JASTRe), Ministry of Development, held the Appreciation Event for the Food Waste Pilot Study Project at Dewan Betabur, Ministry of Development on Wednesday, 10th September 2025.

8.png

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit, Director of Environment, Parks and Recreation, Department of Environment, Parks and Recreation.

9.png

The event was held to recognise the cooperation and commitment contributed towards the success of the Food Waste Pilot Study Project, which was conducted for one month from 26th June to 31st July 2025 in collaboration with Biofield Solutions Sdn Bhd. The project involved a total of sixty-three (63) food vendors from two commercial locations, namely The Mall, Gadong and One Riverside.

10.png

During the project period, a total of 2,240.99 kilograms of food waste was successfully collected from both locations, based on data recorded by Biofield Solutions. On average, One Riverside generated approximately 97 kilograms of food waste per day, while The Mall, Gadong recorded an average of 82.8 kilograms per day.

11.png

From this total, the breakdown of segregated food waste composition is as follows:

  • One Riverside: 55% vegetables/fruits, 38% carbohydrates, 6.5% meat/bones, and less than 1% coffee grounds.
  • The Mall, Gadong: 58% vegetables/fruits, 28% carbohydrates, 14% meat/bones, and 0% coffee grounds.

This pilot study represents an important step in the nation’s efforts to strengthen food waste management based on the concept of the Circular Economy. Through this project, food waste was successfully collected and recycled into high-quality organic fertilizer. The project’s success has proven that collaboration among all parties can drive more sustainable food waste management while contributing to the country’s aspirations for environmental preservation.

11.png

In addition, JASTRe also held engagement sessions with the management of One Riverside on 7th August 2025 and with the management of The Mall, Gadong on 21st August 2025 to share the outcomes of the pilot study and to discuss the next steps. The positive results of this project will be further expanded to other strategic commercial locations to strengthen food waste data collection, enhance public awareness, and encourage broader participation from various stakeholders in supporting the Eco Food Waste Initiative.

12.png

For more information about the Eco Food Waste Initiative, the public may contact the Department of Environment, Parks and Recreation at 2241262, via email at jastre.brunei@env.gov.bn, visit the official website at www.env.gov.bn, or follow the official Instagram account @jastre.bn.

 

— END —

Prepared by:
Department of Environment, Parks and Recreation
Ministry of Development