Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMAJLIS KHATAM AL-QURAN BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

Large Logo Jastre Center Black 2022.png



MAJLIS KHATAM AL-QURAN
BAGI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA
1445H/2024M

​6 April 2024, Temburong



IMG_9287.JPG


Masjid Kampong Labu Estate, 6 April – Tadarus Kementerian Pembangunan dan Jabatanjabatan di bawahnya sempena bulan Ramadhan 1445H/2024M yang telah diadakan selama tiga minggu di surau Kementerian Pembangunan berakhir petang tadi dengan Majlis Khatam Al-Quran, diselajurkan dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah di Masjid Kampong Labu Estate, Daerah Temburong. Majlis ini dikelolakan oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

IMG_9248.JPG​​IMG_9209.JPG


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

IMG_9229.JPGIMG_9201.JPG


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan diikuti dengan bacaan Juzuk 30 beramai-ramai bersama enam puluh satu (61) qari-qari dan qariah-qariah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim dan Dikir Marhaban yang dikepalai oleh Yang Mulia Awang Hifzhuddin bin Lamudin dan Yang Mulia Awang Muhammad Hafiy bin Awang Noorsam @ Noorsyam, serta bacaan Doa Khatam oleh Yang Mulia Awang Khairulamirin Fitri bin Haji Samsudin, Ketua Imam Masjid Kampong Labu Estate dan Doa Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh Imam Nortaqiuddin bin Nordin. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua-Ketua Jabatan diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Imam masjid.

IMG_9286.JPG


Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampong Labu Estate, Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, ketuaketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

IMG_9220.JPGIMG_9245.JPGIMG_9224.JPG


Majlis ini adalah merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Pembangunan untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah subhanahu wata’ala.

Khatam 004.jpeg