Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKEMPEN MELARATKAN INISIATIF SETIAP HARI TANPA BEG PLASTIK DI GERAI RAMADHAN 2024





KEMPEN MELARATKAN INISIATIF SETIAP HARI TANPA BEG PLASTIK DI GERAI RAMADHAN BELIA STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH


NPBE+ Malay[19556].png

 

Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Big BWN Project dan Zero Waste Brunei akan mengadakan Kempen Melaratkan Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik (NPBE+) di Gerai Ramadhan Belia Stadium Negara Hassanal Bolkiah sepanjang bulan Ramadhan 1445H.

 

Bermula 1 Ramadhan 1445 bersamaan dengan 11 atau 12 Mac 2024 (tertakluk kepada pengumuman penglihatan anak bulan Ramadhan), gerai-gerai di Gerai Ramadhan Belia, Stadium Negara Hassanal Bolkiah tidak akan menyediakan beg plastik kepada para pengunjung sepanjang bulan Ramadhan. Orang ramai yang hendak berkunjung ke premis berkenaan dinasihatkan untuk membawa dan menggunakan beg guna semula semasa membeli juadah penyungkaian nanti.


Orang ramai juga digalakkan untuk membawa dan menggunakan barangan guna semula yang lain seperti bekas makanan, ringkat dan botol minuman.

 

Kempen yang melibatkan pihak kerajaan, sektor swasta, peniaga-peniaga dan badan-badan bukan kerajaan serta penyertaan orang ramai ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik sekali guna dan secara langsung mengurangkan penjanaan sisa plastik dan pencemaran plastik. Pendekatan senegara ini sekaligus menyumbang kepada usaha negara untuk mencapai persekitaran yang lestari sejajar dengan Matlamat 2 Wawasan Brunei 2035.

 

Bagi maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai bolehlah mengunjungi laman Instagram rasmi JASTRe iaitu @jastre.bn atau melayari laman web www.env.gov.bn.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------​



EXPANSION OF NO PLASTIC BAG EVERYDAY INITIATIVE AT THE GERAI RAMADHAN BELIA STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH

 

NPBE+ Eng[19557].png


The Department of Environment, Parks and Recreation in collaboration with the Department of Youth and Sports, Big BWN Project and Zero Waste Brunei will be organising Expansion of the No Plastic Bag Everyday Initiative Campaign (NPBE+) at Gerai Ramadhan Belia Stadium Negara Hassanal Bolkiah throughout the month of Ramadhan 1445H.

 

Effective 1 Ramadhan 1445 in corresponding to 11 or 12 March 2024 (subject to the sighting of the new moon of Ramadhan), market stalls at the Gerai Ramadhan Belia, Stadium Negara Hassanal Bolkiah will not be providing plastic carrier bags to visitors throughout the month of Ramadhan. Those who intend to visit the premise are advised to bring and use reusable bags when buying iftaar.

 

Visitors are also encouraged to bring and use other reusables such as reusable food containers, tiffins and tumblers.

 

The campaign, which involves the government, private sectors, businesses and non-governmental organizations as well as public participation, aims to reduce the use of single-use plastics and therefore reduce the generation of plastic waste and plastic pollution. This whole-of-nation approach contributes to the nation's efforts in achieving a sustainable environment in line with Goal 2 of Wawasan Brunei 2035.

 

For more information on this campaign, public can visit JASTRe's official Instagram, @jastre.bn or via website at www.env.gov.bn.