INISIATIF HARI KITAR SEMULA SENEGARA (EDISI UPCYCLING)
Hari Ahad, 08hb Disember 2024
|
08hb Disember 2024 - Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan telah mengadakan Inisiatif Hari Kitar Semula Senegara di keempat – empat (4) daerah iaitu di Cawangan Pejabat JASTRe, Anggerek Desa, Taman Rekreasi Mini Perayaan Kampong Parit, Pejabat JASTRe Cawangan Tutong, Pejabat JASTRe Cawangan Belait, Kawasan Letak Kereta Taman Muhibbah, Pekan Bangar, Temburong, Kawasan Letak Kereta Kontena Park, Anggerek Desa dan Pejabat Beach Bunch.
|
Inisiatif ini telah dikendalikan dengan kerjasama Persatuan Green Brunei dan Beach Bunch serta sokongan daripada syarikat kitar semula iaitu A Global Green Recycle Sdn Bhd, Kawan Bumi Sdn Bhd, Shaliz Waste Recycling Sdn Bhd, Imaa Maya Recycling & Services Sdn Bhd dan Enevo Sdn Bhd.
|
Sejumlah 2,432.85 kg sisa kertas, 311.5 kg kadbod, 390.32 kg botol plastik, 364.6 litre minyak masak terpakai, 90 bateri lithium, 554 unit sisa elektronik dan 3,499 barang terpakai telah berjaya dikumpulkan untuk dikitar semula.
|
Inisiatif ini adalah salah satu usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan orang ramai untuk mempraktikkan amalan kitar semula, di samping memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan kitar semula yang terdapat di negara ini.
|
Orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kitar semula di talian 2241262, emelkan ke jastre.brunei@env.gov.bn atau melayari laman sesawang www.env.gov.bn dan ikuti Instagram rasmi iaitu @jastre.bn.