Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksDownload borang

Permohonan Penggunaan Kemudahan Taman dan Rekreasi
​PENYEWAAN RUANGAN CAR BOOT
PERMOHONAN BAGI PENYEWAAN RUANGAN CAR BOOT

Permohonan untuk menyertai Car Boot Sale adalah terbuka untuk orang ramai melalui dua cara:

(1) Setiap pemohon dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Bagi Penyewaan Ruangan Car Boot Sale. Selepas itu, pemohon dikehendaki untuk mengisi borang yang telah dimuat turun dengan lengkap. Untuk makluman, setiap permohonan akan dikenakan bayaran yuran sewa bagi satu plot.
 
Permohonan yang lengkap dan bayaran yuran sewaan hendaklah dihantarkan kepada:

Bahagian Kewangan
Tingkat Satu​
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi 
Kementerian Pembangunan
Bangunan Tumasek Plaza 
Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha BA 1910
Brunei Darussalam.
 
Selepas menghantar borang permohonan dan pembayaran yuran sewa, pemohon dikehendaki untuk mengemukakan resit pembayaran kepada Bahagian Taman dan Rekreasi di tingkat Kedua bagi proses pengesahan.​

ATAU

(2)Pemohon dipersilakan datang dan isikan borang permohonan di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan melalui Bahagian Taman dan Rekreasi, Tingkat 2 pada waktu pejabat. Untuk makluman, pembayaran yuran sewa akan dibuat di Bahagian Kewangan, Tingkat 1.

Nota:
Pemohon dibenarkan untuk mengikut 'Car Boot Sale' sekali atau lebih (sehingga 4 kali) dalam masa dua bulan di mana ianya akan diadakan setiap minggu kedua dan minggu keempat dalam sebulan
Satu plot adalah bersamaan dengan satu ruang letak kereta dengan saiz plot 6M x 6M
Yuran Sewa untuk satu ruangan adalah $2 setiap pendaftaran

Waktu Bekerja 
Isnin - Khamis:  8.00 – 11.00 pagi dan 

                       1.30  – 3.00 petang

Sabtu             : 8.00 – 11.00 pagi


Waktu Bekerja Semasa Bulan Ramadhan

Isnin - Khamis:  8.00 – 11.00 pagi  
Sabtu            :  8.00 – 11.00 pagi



PENGGUNAAN PADANG BOLA SEPAK DAN GELANGGANG FUTSAL

PERMOHONAN PENGGUNAAN PADANG BOLA SEPAK DAN GELANGGANG FUTSAL


Permohonan untuk menyertai Car Boot Sale adalah terbuka untuk orang ramai melalui dua cara:

(1) Setiap pemohon dikehendaki untuk memuat turun Borang Permohonan Bagi Penggunaan Padang Bola Sepak dan Gelanggang Futsal. Selepas itu, pemohon dikehendaki untuk mengisi borang yang telah dimuat turun dengan lengkap 
serta mengenal pasti kemudahan-kemudahan yang akan digunakan sama ada Padang Bola Sepak atau Gelanggang Futsal. Untuk makluman, setiap permohonan bagi menggunaan kemudahan-kemudahan ini akan dikenakan bayaran yuran sewa.
 
Permohonan yang lengkap dan bayaran yuran sewaan hendaklah dihantarkan kepada:

Bahagian Kewangan
Tingkat Satu​
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi 
Kementerian Pembangunan
Bangunan Tumasek Plaza 
Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha BA 1910
Brunei Darussalam.
 
Selepas menghantar borang permohonan dan pembayaran yuran sewa, pemohon dikehendaki untuk mengemukakan resit pembayaran kepada Bahagian Taman dan Rekreasi di tingkat dua bagi tujuan pengesahan pembayaran dalam penggunaan padang bola sepak atau gelanggang futsal pada tarikh yang diluluskan.​

ATAU

(2)Pemohon dipersilakan datang dan isikan borang permohonan di Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan melalui Bahagian Taman dan Rekreasi, Tingkat 2 pada waktu pejabat. Untuk makluman, pembayaran yuran sewa akan dibuat di Bahagian Kewangan, Tingkat 1.

Nota:

Waktu Bekerja 
Isnin - Khamis:  8.00 – 11.00 pagi dan 

                        1.30  – 3.00 petang

Sabtu             : 8.00 – 11.00 pagi


Waktu Bekerja Semasa Bulan Ramadhan

Isnin - Khamis:  8.00 – 11.00 pagi  
Sabtu            :  8.00 – 11.00 pagi

Muat turun borang permohonan