EIGHTEENTH BRUNEI DARUSSALAM-SINGAPORE JOINT COMMITTEE ON THE ENVIRONMENT (18TH BSJCE)
/IMG_1838.JPG)
|
Brunei Darussalam, through the Department of Environment, Parks and Recreation, Ministry of Development hosted the 18th Meeting of the Brunei Darussalam-Singapore Joint Committee on the Environment (18th BSJCE) on Tuesday, 10 February 2026 at Dewan Indera Samudera, The Empire, Bandar Seri Begawan.
/IMG_1709.JPG)
|
Brunei Darussalam delegations led by Yang Mulia Dayang Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Permanent Secretary of the Ministry of Development and comprised of senior officials from the Ministry of Health, Department of Water Services, Department of Drainage and Sewerage, Department of Environment, Parks and Recreation, Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre, Ministry of Education, Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) and Brunei Climate Change Office, Prime Minister's Office. Mr Melvyn Ong, Permanent Secretary of the Ministry of Sustainability and the Environment led the Singapore delegation comprising senior officials from the Ministry of Sustainability and the Environment, the National Environment Agency and PUB (Singapore's National Water Agency).
/IMG_1835.JPG)
|
The meeting was convened by Yang Mulia Dayang Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak and Mr Melvyn Ong, in their capacities as the Co-Chairs of the 18th BSJCE Meeting. During the meeting, both countries provided updates, shared information and explored further collaboration opportunities on existing projects and programmes in the areas of solid waste management, air quality management, water resources management, environmental youth programmes and climate change, as well as other areas such as environmental public health and oil spill management.
/IMG_1708.JPG)
|
Brunei Darussalam and Singapore have strengthened their bilateral cooperation in environmental affairs and climate change, instituted under the renewed 2022 Memorandum of Understanding (MOU) on Bilateral Partnership in Environmental Affairs and Climate Change. The MOU, first signed on 27 August 2005, is to promote cooperation between both countries in the field of environmental protection and management, water management, climate change and sustainable development.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JAWATANKUASA BERSAMA BRUNEI DARUSSALAM-SINGAPURA KELAPAN BELAS MENGENAI ALAM SEKITAR (18TH BSJCE)
Brunei Darussalam, melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Brunei Darussalam-Singapura Mengenai Alam Sekitar ke-18 (BSJCE ke-18) pada hari Selasa, 10 Februari 2026 bertempat di Dewan Indera Samudera, The Empire, Bandar Seri Begawan.
Delegasi Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Dayang Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan dan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD) danPejabat Perubahan Iklim Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Manakala delegasi Singapura diketuai oleh Mr Melvyn Ong, Setiausaha Tetap Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar, yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar, Agensi Kebangsaan Alam Sekitar (NEA) dan PUB (Agensi Air Kebangsaan Singapura).
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Dayang Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dan Encik Melvyn Ong. Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua buah negara telah mengemaskini, berkongsi maklumat dan meneroka peluang kerjasama lanjut bagi projek dan program sedia ada dalam bidang pengurusan sisa pepejal, pengurusan kualiti udara, pengurusan sumber air, program belia alam sekitar, dan perubahan iklim, serta membincangkan bidang-bidang lain seperti kesihatan awam persekitaran dan pengurusan tumpahan minyak.
Brunei Darussalam dan Singapura telah memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam hal ehwal alam sekitar dan perubahan iklim di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) 2022 mengenai Kerjasama Dua Hala dalam Hal Ehwal Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang telah diperbaharui. MOU ini, yang mula ditandatangani pada 27 Ogos 2005, bertujuan untuk mempromosikan kerjasama antara kedua-dua buah negara dalam bidang perlindungan dan pengurusan alam sekitar, pengurusan air, perubahan ikli