Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatest News

  
  

Taman Rekreasi Pantai Muara, Januari 21 – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah mengadakan kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut atau ‘marine debris’ berkonsepkan Scavenger Hunt di Taman Rekreasi Pantai Muara, Daerah Brunei dan Muara pada pagi 21 Januari 2023.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan.Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan taklimat keselamatan. Acara kemudiannya diteruskan dengan senaman ringan dan kempen kebersihan serpihan laut di sepanjang persisiran pantai.

Click here for more info....


1 - 1Next