Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKEMPEN ECO RAMADHAN BERSAMA JASTRe

 
KEMPEN ECO RAMADHAN BERSAMA JASTRe DAN KEMPEN MELARATKAN INISIATIF SETIAP HARI TANPA BEG PLASTIK DI GERAI RAMADHAN, STADIUM NEGARA HASSANAL BOLKIAH

15hb April 2023, Gerai Ramadhan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah

photo_2023-04-17_08-21-27.jpg 

Gerai Ramadhan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, April 15 – Bagi membuka tirai Kempen Eco Ramadhan Bersama JASTRe Versi 3.0 pada tahun ini, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan sekali lagi mengadakan Kempen Melaratkan Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik ke Gerai Ramadhan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, dengan kerjasama Zero Waste Brunei. Kempen ini turut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kedutaan Amerika Syarikat di Brunei Darussalam, Bank Islam Brunei Darussalam, Takaful Brunei Darussalam, Progresif Sdn Bhd dan Unified National Network (UNN).


photo_2023-04-17_08-21-27 (2).jpg


Hadir semasa kempen tersebut ialah ialah Yang Mulia Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Yang Mulia Dayangku Farah Amirah binti Pengiran Redzuan, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan dan Yang Mulia Pengiran Haji Haris Pengiran Haji Duraman, Pengarah Pengurusan Riza Fudhlana Management Service selaku penganjur Gerai Ramadhan. Kempen dimulakan dengan sesi bergambar ramai dengan wakil-wakil dari semua agensi dan syarikat yang hadir, diikuti dengan dengan pengagihan sebanyak 625 beg-beg guna semula kepada pelanggan dan pengunjung Gerai Ramadhan tersebut.

Kempen Melaratkan Inisiatif Setiap Hari Tanpa Beg Plastik di Gerai Ramadhan ini adalah merupakan kesinambungan kepada usaha pihak Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi untuk melaratkan lagi inisiatif ini kepada pengguna-pengguna beg plastik yang lain termasuk kedai-kedai runcit, restoran dan gerai secara berperingkat, seperti yang telah diumumkan di dalam perutusan Menteri Pembangunan sempena sambutan Hari Bumi pada hari Khamis, 22hb April 2021.

Manakala Kempen Eco Ramadhan Bersama JASTRe pula adalah satu kempen media sosial anjuran Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi yang diperkenalkan pada bulan Ramadhan tahun 2021. Kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai alternatif yang lebih mesra alam seperti beg guna semula, botol guna semula, bekas makanan guna semula dan sebagainya, dan dalam masa yang sama menggalakkan pengurangan penggunaan barang-barang sekali guna. Ianya juga mendorong penglibatan setiap organisasi dan individu untuk memulakan atau membuat perubahan kecil tetapi berterusan bagi menghasilkan impak yang besar kepada masyarakat dan alam sekitar.





............................................................................................................................................................................................




LOGO NEW CREST JASTRE NEW 2022 BLACK 01.png


ECO RAMADHAN BERSAMA JASTRe CAMPAIGN AND CAMPAIGN TO EXPAND THE NO PLASTIC BAG EVERYDAY INITIATIVE AT GERAI RAMADHAN, HASSANAL BOLKIAH NATIONAL STADIUM

15th April 2023, Gerai Ramadhan, Hassanal Bolkiah National Stadium

 
Gerai Ramadhan, Hassanal Bolkiah National Stadium, April 15 – To kickstart the Eco Ramadhan Bersama JASTRe Campaign Version 3.0 this year, the Department of Environment, Parks and Recreation, Ministry of Development once again held the Campaign to Expand the No Plastic Bag Everyday Initiative at Gerai Ramadhan, Hassanal Bolkiah National Stadium, in collaboration with Zero Waste Brunei. This campaign is supported by the Department of Youth and Sports, Ministry of Culture, Youth and Sports, U.S Embassy in Brunei Darussalam, Bank Islam Brunei Darussalam, Takaful Brunei Darussalam, Progresif Sdn Bhd and Unified National Network (UNN).



Present during the campaign was Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit, Director of the Department of Environment, Parks and Recreation, Yang Mulia Dayangku Farah Amirah binti Pengiran Redzuan, Acting Deputy Director of Department of Youth and Sports, Ministry of Culture, Youth and Sports and Yang Mulia Pengiran Haji Haris Pengiran Haji Duraman, Managing Director of Riza Fudhlana Management Service as the main organizer for Gerai Ramadhan. The campaign started with a group photo session with the representatives of all participating agencies and companies followed by the distribution of 625 reusable bags to customers and visitors of the Gerai Ramadhan.

Campaign to Expand the No Plastic Bag Everyday Initiative at Gerai Ramadhan is a continuation of the initiative by the Department of Environment, Parks and Recreation to further expand the initiative to other users of plastic bags including convenient stores, restaurants and market stalls in phases, as announced in the Minister of Development’s message in conjunction with the celebration of Earth Day on Thursday, 22
nd April 2021.

Whereas the Eco Ramadhan Bersama JASTRe Campaign is a social media campaign organised by Department of Environment, Parks and Recreation that was introduced during Ramadhan 2021. The campaign aims to raise awareness on the environmentally-friendly alternatives such as reusable bags, reusable bottles, reusable food containers and so on, and at the same time encourage the reduction of the single-use items. It also fosters the involvement of organizations and individuals to start or make small but continuous changes to create big impacts on the society and the environment.