Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksASEAN-China High Level Forum on Green and Sustainable Development ASEAN-China Environmental Cooperation Forum 2021

Crest Brunei Logo 01 2021.png

MEDIA RELEASE

 

ASEAN-China High Level Forum on Green and Sustainable Development

ASEAN-China Environmental Cooperation Forum 2021

 

25-26 October 2021

 

 

 


  1. The ASEAN-China High Level Forum on Green and Sustainable Development, ASEAN China Environmental Cooperation Forum 2021 was held on 25-26 October 2021 via video conference co-hosted by the Ministry of Ecology and Environment of the People's Republic of China and the People's Government of Guangxi Zhuang Autonomous Region.

 

  1. The forum was attended by high-level representatives from ASEAN Member States, People's Republic of China, the ASEAN Secretary General and youths from ASEAN Member States and People's Republic of China.  Brunei Darussalam was led by Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Deputy Minister of Development and Senior Officials from the Department of Environment, Parks and Recreation.

 

  1. The forum aims to implement the outcomes of the 23rd ASEAN-China Summit in ecological conservation and environmental protection, and to facilitate the implementation of the Framework of China-ASEAN Environmental Cooperation Strategy and Action Plan (2021-2025) and exchange experiences in particular on climate change and biodiversity conservation.

 

  1. Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Deputy Minister of Development, has delivered his statement during  the High Level Dialogue on Climate Change and Promoting Green Development reflecting the importance of tackling climate change in achieving a resilient nation. He highlighted various strategies and initiatives taken by Brunei Darussalam to mitigate and adapt climate change impacts. One such efforts is the introduction of the Brunei National Climate Change Policy (BNCCP), which outlines 10 key strategies that would pave pathways toward a low carbon and climate-resilient Brunei Darussalam. As a predominantly oil and gas country, Brunei Darussalam have placed great emphasis on the just transition of our energy sector through carbon capture, utilisation and storage, zero routine flaring, and carbon pricing. At the same time, Brunei Darussalam are also leveraging on Nature-Based solutions by planting 500,000 new trees by 2035.

 

  1. Ms. Martinah Haji Tamit, Acting Director of the Department of Environment, Parks and Recreation was invited to deliver an opening remarks during the Sub-Forum ASEAN-China Youth Leadership: Simulated Environmental Ministers' Dialogue.   She emphasized the need for an integrated and holistic approach in coordinating across different levels of cooperation, developing effective responses to such challenges in facing uncertainties for future generations. She also shared that Brunei Darussalam has successfully organized and hosted the inaugural ASEAN Youth on Climate Action (ASEANyouCAN) Dialogue where passionate young people of ASEAN convened to discuss pressing climate change issues around the region, where the outcome of the event released a Bandar Seri Begawan Declaration on ASEAN Youth for Climate Change Action that depicts their collective position on climate change in the region. she hoped that the ASEANyouCAN platform will encourage and allow the young people of ASEAN to engage, participate, educate, communicate and generate fresh innovative solutions to address climate change.

 

  1. The Delegates congratulated the People's Republic of China on the successful hosting of ASEAN-China Environmental Cooperation Forum under the 2021 ASEAN-China Year of Sustainable Development Cooperation that was launched on 28th May 2021 in Beijing, People's Republic of China.





 

Crest Brunei Logo 01 2021.png

SIARAN AKHBAR

 

Forum Peringkat Tinggi ASEAN-China Mengenai Kehijauan
dan Pembangunan Berdayatahan dan Forum Kerjasama Alam Sekitar ASEAN-China 2021

 

25-26 Oktober 2021

 


 

  1. Forum Peringkat Tinggi ASEAN-China mengenai Pembangunan Hijau dan Mampan, Forum Kerjasama Alam Sekitar ASEAN China 2021 telah diadakan pada 24-26 Oktober 2021 melalui sidang video yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

 

  1. Forum ini telah dihadiri oleh wakil peringkat tinggi dari negara-negara ASEAN, Republik Rakyat China, Setiausaha Agung ASEAN dan belia-belia dari Negara-negara ASEAN dan Republik Rakyat China. Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

 

  1. Forum ini bertujuan untuk melaksanakan hasil dari Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-23 dalam pemuliharaan ekologi dan perlindungan alam sekitar, memudahcara pelaksanaan Rangka Kerja Strategi dan Pelan Tindakan Kerjasama Alam Sekitar China-ASEAN (2021-2025) dan bertukar pengalaman khususnya mengenai kesan dari perubahan iklim dan pemuliharaan kepelbagaian Biologi.

 

  1. Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, telah menyampaikan kenyataannya semasa Dialog Peringkat Tinggi mengenai Perubahan Iklim dan Mempromosikan Pembangunan Hijau yang mencerminkan kepentingan menangani perubahan iklim dalam mencapai negara yang berdaya tahan. Beliau menekankan pelbagai strategi dan inisiatif yang diambil oleh Negara Brunei Darussalam untuk mengurangkan dan menyesuaikan impak perubahan iklim. Salah satu usaha tersebut ialah pengenalan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Brunei (BNCCP), yang menggariskan 10 strategi utama yang akan membuka laluan ke arah Negara Brunei Darussalam yang rendah karbon dan berdaya tahan iklim. Sebagai sebuah negara yang didominasi minyak dan gas, Negara Brunei Darussalam telah memberi penekanan yang besar terhadap peralihan adil sektor tenaga kita melalui penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon, pembakaran rutin sifar, dan penetapan harga karbon. Pada masa yang sama, Negara Brunei Darussalam juga memanfaatkan penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi dengan menanam 500,000 pokok baharu menjelang 2035.

 

  1. Dayang Martinah Haji Tamit, Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah dijemput untuk menyampaikan ucapan pembukaan semasa Sub-Forum Kepimpinan Belia ASEAN-China: Dialog Simula Menteri Alam Sekitar. Beliau menekankan keperluan untuk pendekatan bersepadu dan holistik dalam menyelaraskan kerjasama yang berbeza, membangunkan respons yang berkesan terhadap cabaran sedemikian dalam menghadapi ketidakpastian untuk generasi akan datang. Beliau juga berkongsi bahawa Negara Brunei Darussalam telah berjaya menganjurkan dan menjadi tuan rumah kepada Dialog ASEAN Youth on Climate Action (ASEANyouCAN) yang julung kali diadakan di mana golongan Belia ASEAN bersidang untuk membincangkan isu-isu perubahan iklim yang mendesak di seluruh rantau ini, di mana hasil acara itu telah mengeluarkan Deklarasi Bandar Seri Begawan mengenai Tindakan Belia ASEAN untuk Perubahan Iklim yang menggambarkan kedudukan kolektif mereka mengenai perubahan iklim di rantau ini. Beliau berharap platform ASEANyouCAN akan menggalakkan dan membenarkan golongan Belia ASEAN untuk melibatkan diri, mengambil bahagian, mendidik, berkomunikasi dan menjana penyelesaian inovatif baharu untuk menangani perubahan iklim.

 

  1. Para delegasi mengucapkan tahniah kepada Republik Rakyat China atas kejayaan menjadi tuan rumah Forum Kerjasama Alam Sekitar ASEAN-China yang dilancarkan pada 28 Mei 2021 di Beijing, Republik Rakyat China.